Miracle Sistem

Tuesday, January 23, 2007

Miracle System - Terengganu

Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur. sekali lagi kami berjaya membuat lawatan tapak. Kali ini lawatan kami adalah di Kuala Terengganu. Perjalanan jauh yang meletihkan ditambah pula dgn jadual aktiviti yang padat sedikit pon tidak menjatuhkan semangat kami untuk menimba ilmu.
Tapak ini diusahakan oleh En. Rosli peneraju miracle system di Malaysia. En Rosli juga merupakan consultant untuk Miracle System. Beliau juga ingin memberi peluang bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi modal dan bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi tenaga kerja. Beliau bermaksud mengabungkan kedua dua golongan ini bagi membentuk satu kombinasi yang mantap.
Miracle System ini masih mengekal kan konsep pengairan seperti mana sistem fertigasi. Tetapi sistem ini menggunakan teknik pembajaan yang berbeza. Media tanaman juga menggunakan kombinasi pelbagai media jika dibandingkan dengan kaedah fertigasi yang hanyak menggunakan sekam wap sahaja. Dengan menggunakan sistem ini pokok cili ini mampu mencapai ketinggian lebih 2 meter dan berupaya menghasilkan buah dengan kadar optimum lebih dari 6 bulan, jauh lebih hebat daripada kaedah fertigasi.

Bagaimana pula dengan hasil ? Jangan terkejut ! Miracle sistem berupaya menghasilkan purata 8kg cili bagi setiap pokok. Bukan itu sahaja harga untuk 1kg cili di Terrengganu adalah RM8 ! .
Masa untuk pulang. kami pulang dengan harapan dan kekeliruan. Adakah kami akan bertukar arah atau dengan kata lain menaik taraf projek ? semuanya akan ditentukan didalam mesyuarat lembaga pengarah nanti....
Wassalam

6 Comments:

  • tuan
    saya amat berminat dgn usaha tuan dan harap satu hari dapat bertani. cuma saya nak bertanya bagaimana dan dimana boleh kita menjual hasil tani? adakah wholesaler akan mencari kita atau kita jual sendiri di pasar tani?

    kalau jual melalui wholesaler - adakah harganya baik?

    saya rasa kalau nak jual pada kilang2 membuat sos - kapasiti keluaran satu bulan mestilah tinggi, jadi bagaimana dgn petani yg ada 1 ekar saja?
    harap dapat beri pandangan dan nasihat.tq

    By Blogger S.Amry, At August 10, 2007 at 12:47 AM  

  • Suatu teknik yg menarik. Kalau boleh tolong bagi contact En. Rosli dari Miracle Sistem. Saya nak tahu lebih detail sbb nak follow 100% cara tersebut.

    By Blogger tokwae, At August 19, 2007 at 2:17 AM  

  • Betul ker boleh sampai 8 kg per pokok nih? ragu2 lah....8 kg per pokok nih macam mana pulak penggunaan baja dia. kos baja.

    By Blogger Unknown, At May 16, 2008 at 2:06 AM  

  • salam bro naim...projek kat terengganu kat mana...saya nak pergi tengok jugak

    By Blogger penyupucat home, At November 17, 2008 at 5:43 PM  

  • salam saya baru nak berjinak dalama bidang ini so, blh terangkn sikit pasal miracle sytem ni x??
    dan projek kat trgganu kat mana yer?? blh saya g tgk cara dia buat na belajar sikit

    By Blogger otai1986, At April 18, 2009 at 7:20 AM  

  • kami ada stock coco peat .
    harga ialh. RM6 untok 5kg block.
    discount boleh d beri kloe order libeh dari 2000 block.
    call. 0123795729
    Chandra R
    marketing@seribubio.com

    By Blogger Asian Academy for Agricultural Technology, At February 14, 2014 at 1:16 AM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home