Penyempurnaan Tapak
Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai, kepada semua rakyat malaysia !. Pada kali ini kami seperti biasa meneruskan kerja kerja persiapan tapak. Lain dari masyarakat lain yang asyik menghayati hari hari cuti. kami memerah keringat membanting tulang di ladang.
Kami juga memdapat bantuan khas dari pelajar Sekolah Teknik Pendang, dimana mereka berkunjung keladang untuk mempelajari kaedah penanam cili diladang kami. Pelbagai pertanyaan dan soalan diajukan, bermula dari yang konsep hingga ke praktikal.
Sistem Pam
Pam ini berkeupayaan menyalurkan 500 liter air per minit dan mampu mencapai kekuatan tekanan setinggi 30m. Sistem ini akan kami jalankan secara automatik dengan menggunakan timer.
Sistem Venturi
The Venturi effect is a special case of Bernoulli's principle, in the case of fluid or air flow through a tube or pipe with a constriction in it. The fluid must speed up in the restriction, reducing its pressure and producing a partial vacuum via the Bernoulli effect. It is named after Giovanni Battista Venturi, (1746–1822), an Italian physicist.
rujukan:- http://en.wikipedia.org/wiki/Venturi_effectBerpandukan teori diatas maka kami aplikasikan pada sistem pengairan kami bagi sistem pembajaan. Kerja kerja pembajaan kini dapat dijalankan secara lebih effecktif dan teknologi automatik juga dapat digabungkan bagi meningkatkan kecekapan.
Tapak dan Perpaipan
Setelah bertungkus lumus tapak dan perpaipan telah siap dipasang. keadaan polybag yang tersusun begitu asyik dipandang. Semoga proses pemindahan anak pokok pada hujung minggu yang akan datang dapat berjalan dengan lancar.
Anak Pokok
Kini anak pokok cili kami makin membesar bagai meminta minta untuk dipindahkan.
2 Comments:
wow..bestnyer wat tanaman frertigasi nie..tahniah kepada naim..semoga berjaya..
By hyze, At February 24, 2007 at 10:12 AM
en. naim. saya ade semai biji benih cili api, so nk tanya...time peringkat semaian ni, ade baja or vitamin ape x yg kita perlu bagi kat dia?
By seedy2shine, At October 3, 2007 at 1:54 AM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home