Fasa Pertama Siap
Fasa pertama berjaya disempurnakan dgn tidak rasmi pada hujung minggu lepas. Sistem pemasa, perpaipan,pemindahan anak pokok, pemagaran dan sokongan.
Baiklah mari kita beralih ke Fasa Ke-2 yang sememangnya lebih mencabar.
Beginilah keadaan bangsal yang akan menempatkan beberapa tangki(jumlah sebenar masih dibincangkan anggaran maximum tangki adalah 6), kotak panel electrik, pam dan valve electrik. Kami bercadang untuk mengaplikasikan sistem automatik terhadap pengaliran air. Dimana untuk pengetahuan semua 1 pam mengikut spesifikasi kami mampu menampung 500 pokok sahaja. adalah kurang wajar untuk menggunakan lebih dari satu pam bagi setiap 500 pokok. oleh yang demikian kami bercadang untuk menggunakan electrik valve untuk mengawal arah aliran air. Kami membahagikan sistem perpaipan kepada 2 bahagian (500+500).
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home