Miracle Sistem

Monday, April 2, 2007

Air galian (bore hole)

Sudah hampir 2 minggu blog ini tidak diusik. yang sebenarnya banyak perkara yang telah berlaku cuma masa yang tidak mengizinkan saya mengemaskini blog ini.

Kami telah mengambil keputusan untuk meneruskan projek bore hole. kerana ini merupakan jalan keluar dari masalah sumber air yang selamat.




Berikut adalah gambar dimana proses mengeluarkan selut dengan cara menyalurkan udara bertekanan tinggi di bahagian dasar lubang.




Setelah siap selesai bore hole, kami berhadapan dengan masalah yang tidak dijangka ! bagaimana untuk mengeluarkan air galian ? kami ada beberapa pilihan pam

submersible pump ~ RM4000
masalah :-
pam ini diluar bajet kewangan kami tambahan pula kedudukan pam ini di dasar bore hole sangat memerlukan 'maintenance' yang tinggi. ini kerana air galian mempunyai pasir pasir halus dan juga debu debu halus. penapis pam perlu ditukar ganti dimana proses penukaran adalah sangat sukar.

Deep well pump - RM700 - 2000
masalah:-
pam ini pernah menjadi harapan kami. namun disebabkan pam tersebut mengunakan sistem venturi untuk menyedut air. masalah utaman venturi sistem adalah ia amat sensetif pada pasir pasir halus yang berkemungkinan menyumbat lubang venturi. Ini juga memerlukan maintenance yang tinggi.

End suction pump - ~RM1000
masalah:-
pam ini tidak mampu untuk menyedut air. ia hanya mampu memecut / mengalirkan air. dengan kata lain tanpa air didalam pam, pam tidak dapat berfungsi.


Setelah berhempas pulas memikirkan masalah tersebut kami dapat mengubah suai end suction pam kami supaya dapat menyedut air dari kedalaman 100 kaki.



Jika clip gagal dimainkan sila ke

http://www.youtube.com/watch?v=abR8Qnax1bE

2 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home