Miracle Sistem

Sunday, July 8, 2007

Keadaan Pokok Cili

Tarikh : 1 - 7 - 2007

Tanaman kami menghadapi serangan ulat daun dan juga kesan daripada racun rumput kawasan bersebelahan.

antara masalah yang timbul :-
  • kerinting
  • mozek daun (tidak dapat dipastikan)
  • daun berlubang
  • hawar pucuk
antara tindakan & rawatan yang telah dilakukan adalah :-
  • Rawatan fizikal: Sebahagian pokok yang mempunyai masalah diatas yang teruk dicabut/dipotong sebahagian batangnya.
  • AF - 1 : semburan ini dilakukan bagi mengatasi masalah ulat.
  • MIB 77 : baja biji ini ditabur bagi mengatasi kesihatan pokok yang terganggu




Tarikh : 8 - 7 - 2007

Hasil dari pada rawatan tersebut agak memberansangkan dimana, jumlah ulat yang ditemui adalah kurang. Manakala pucuk pucuk baru tumbuh dengan lebih sihat.

6 Comments:

  • tahniah! saya sangat berbangga dengan usaha gigih semua. Saya doakan agar semua berjaya dengan misi menjadi usahawan tani.

    By Blogger khairi, At July 17, 2007 at 2:23 AM  

  • Assalamualaikum, Naim. Saya bangga dengan usaha saudara yang tak kenal erti kalah. Agak keliru, kenapa tukar dari fertigasi ke Miracle System? Saya sedang merancang untuk menjalankan projek cili fertigasi di Pahang. Bila tengah cari maklumat, Naim kata Miracle System lebih baik. Boleh tahu apa perbezaan fertigasi dengan miracle? dan bagaimana nak dapatkan maklumat lanjut. terima kasih. Faidzal

    By Blogger Faidzal, At July 28, 2007 at 6:08 AM  

  • Tambahan soalan, Boleh tahu, apa kaitan tanaman cili yang berbumbung dan tidak berbumbung. Sebab kebanyakan fertigasi guna bumbung dan Naim tak guna pulak. Terima kasih,

    By Blogger Faidzal, At July 28, 2007 at 6:10 AM  

  • tuan
    saya amat berminat dgn usaha tuan dan harap satu hari dapat bertani. cuma saya nak bertanya bagaimana dan dimana boleh kita menjual hasil tani? adakah wholesaler akan mencari kita atau kita jual sendiri di pasar tani?

    kalau jual melalui wholesaler - adakah harganya baik?

    saya rasa kalau nak jual pada kilang2 membuat sos - kapasiti keluaran satu bulan mestilah tinggi, jadi bagaimana dgn petani yg ada 1 ekar saja?
    harap dapat beri pandangan dan nasihat.tq

    By Blogger S.Amry, At August 10, 2007 at 2:17 AM  

  • Tahniah d atas usaha anda. saya pun dok buat juga tanam cili padi. masalah penyakit tu sama. Saya berminat dgn cara sistem ini. Berapa kos untok 400 pokok tu. Saya ada beberapa gambar projek saya tapi tak tau maam mana nak upload dlm blog ini. Ada saudara biasa menggunakan probotik EM, jika anda ada, boleh kah anda konhsi pengalaman itu dgn kami. Terima-kaseh

    By Blogger Jasme, At October 20, 2007 at 9:15 AM  

  • www.agrosegar.com

    By Blogger kimi, At October 31, 2007 at 10:08 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]



<< Home