Buah Cili
Asalamualaikum wbt. Alhamdulillah berjaya juga saya mencuri masa untuk mengemaskini blog ini. Dalam beberapa minggu ini saya begitu sebuk dengan urusan pejabat sehingga tidak berkesempatan untuk mengarang.
Berkenaan dengan pokok cili kami. Kebanyakkannya mula menampakkan hasil dimana
Bunga-bunga putih tumbuh lebat hampir disetiap pokok. Keadaan bunga yang memutih amat jelas kelihatan diwaktu pagi dimana keindahan sebenar pokok cili dapat dihayati.
Tarikh 12 8 2007
Bunga-bunga cili makin menghilang satu demi satu jatuh bertaburan diatas silvershine menandakan kedatangan objek yang dipanggil putik, tiba masa maka bergayutanlah buah-buah cili menyerikan suasana. Terubatlah perasaan bagi yang mengusahakannya.

Tidak ketinggalan juga pokok cili yang kurang sihat, kumpulan ini turut menyumbangkan hasil.
Namun keharmonian sesuatu kejadian tidak sepi daripada ancaman makhluk perosak berikut adalah mangsa kejadian menghitung detik menungu masa untuk tumpas dan luruh ditempat sendiri.
Tarikh 16 8 2007
Pemandangan tapak cili sebanyak hampir 400 pokok.

Sewaktu pokok giat menghasilkan buah, serangga ini pula sebuk melakukan tugas.

Selain daripada lalat dibawah terdaat juga serangan jenis baru dimaka daun daun cili habis dimakan oleh makluk yang tidak diketahui, peliknya hanya bahagian hijau daun sahaja yang dimakan manakala lapisan dibawah bahagian hijau ditinggalkan begitu sahaja. Jika diperhatikan dengan lebih dekat akan kelihatan laisan terseput.
Berikut adalah keadaan buah yang terkini. Menanti masa untuk matang, kami tidak dapat membayangkan akan perubahan warna kemerahan yang bakal berlaku.




Berkenaan dengan pokok cili kami. Kebanyakkannya mula menampakkan hasil dimana
Bunga-bunga putih tumbuh lebat hampir disetiap pokok. Keadaan bunga yang memutih amat jelas kelihatan diwaktu pagi dimana keindahan sebenar pokok cili dapat dihayati.
Bunga-bunga cili makin menghilang satu demi satu jatuh bertaburan diatas silvershine menandakan kedatangan objek yang dipanggil putik, tiba masa maka bergayutanlah buah-buah cili menyerikan suasana. Terubatlah perasaan bagi yang mengusahakannya.
Oleh kerana terdapat sebahagian pokok yang perlu diganti dimasa depan maka proses penyemaian semula dilaksanakan.
Kami menggunkan AF-HUMIC dan HOLLAND PEAT bagi menyediakan media semaian.
Kami menggunkan AF-HUMIC dan HOLLAND PEAT bagi menyediakan media semaian.
Pemandangan tapak cili sebanyak hampir 400 pokok.
9 Comments:
Assalamualaikum, Tahniah, akhirnya menampakkan hasil yang lama dinanti. Kerap juga saya melawat blog ni nak tunggu update akhirnya Saudara berjaya juga mengemas kini maklumat untuk dikongsi bersama. Tahniahsekali lagi.
Faidzal
By
Faidzal aka Apai, At
August 28, 2007 at 9:34 AM
Assalamualaikum,
Boleh tak Tuan bagi tahu saya baja organik yang boleh dilarutkan dalam air yang tuan gunakan utk cili Tuan.
-Azmir-
azmir.zakaria@gmail.com
By
Mohd Azmir Zakaria, At
September 12, 2007 at 7:49 PM
assalamualaikum
saya sekarang sedang mencari kaedah terbaik untuk memulakan projek tanaman cili saya..boleh tak tuan berikan saya maklumat berkaitan miracle system yg tuan gunakan utk pojek tanaman cili tuan...tuan boleh emailkan ke abraxuswizard@yahoo.com / numaizi@hla-group.com..macamana caranya utk saya menghubungi tuan sekiranya ada perkara2 yang saya tak faham nanti..terima kasih
By
mie, At
November 4, 2007 at 5:22 PM
assalamualaikum...thaniah kerana menerbitkan blog n ruangan ini kerana sudi berkongsi pengalaman dengan semua...
bolehtak saya dapatkan no phone dan email add untuk dihubungi sekiranya ada sebarang pertanyaa lanjut...
By
Unknown, At
December 17, 2007 at 11:37 PM
nak tanyer..maner nak dpt info yg detail dari awal nak tanam cili sampai nak kutip cili tu eh?maksudnyer nak tau dari 1st baja ape nak kene gune..tanah tu cemane nak wat b4 nak pindahkan cili tu..etc..sayer sdg wat research pasal penanaman cili nie..so harap harap sgt tuan bleh bantu sayer n share those info..thanx in advance..
Siti Salmah
leeloons_tune@yahoo.com
By
Unknown, At
January 7, 2008 at 12:57 AM
bestnye tengok :)
By
syia, At
February 7, 2008 at 5:59 PM
Kami telah mengambil inisiatif dan telah mewujudkan satu website yg berbentuk directory yg diberi nama e-NCER. e-NCER (e-Northern CYBER Economic Region) adalah salah satu inisiatif yang mana bertujuan untuk mengumpulkan database perusahaan ataupun bisnes yang berada di zon utara semenanjung malaysia..
e-NCER Directory adalah sebuah online directory dan ianya diaspirasikan daripada projek kerajaan iaitu NCER (Northern Corridor Economic Region), yang mana bertujuan untuk memajukan zon utara...
Oleh itu, matlamat e-NCER Directory ditubuhkan adalah untuk menjadi sebuah portal rujukan yang yang khusus kepada bisnes yang terdapat di sebelah utara.
sila hubungi:
apes
e_aglocos@yahoo.com
By
Anonymous, At
February 9, 2008 at 7:24 AM
This comment has been removed by the author.
By
Unknown, At
May 3, 2008 at 9:49 PM
Hai...
Tahniah, kerana telah berjaya menjadi petani moden dan usahawan yang berdaya saing. Saya bercadang untuk mengusahakan cili melalui sistem fertigasi. Oleh itu saya harap tuan tidak keberatan untuk berkongsi pengalaman..
By
Unknown, At
May 3, 2008 at 10:00 PM
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home