Miracle Sistem

Thursday, April 17, 2008

Serangan Haiwan Perosak

Keadaan Tanaman yang musnah akibat daripada haiwan perosak sudah biasa bagi petani veteren. Namun bagi mereka yang baru menceburi bidang pertanian agak memeningkan kepala juga. Mana hendak difikirkan masalah penyakit, harga baja/racun meningkat, harga hasil pula tidak naik - naik, kebun/ladang pula habis dikerjakan haiwan perosak. Siapakah yang mahu membela ? .... adakah dengan "procedure procedure" itu membantu ? ....

Oleh disebabkan memang sukar untuk membanteras masalah ini secara persendirian. Maka saya telah membuat kajian bagaimana mengatasi/menghindari dan juga mengenal pasti pilihan yang wujud bersama dengan langkah - langkah yang perlu diambil.

Diantara kaedah yang biasa dipraktikkan di ladang pertanian dan penternakan adalah dengan menggunakan pagar elektrik. Jadi disini ingin saya sampaikan langkah langkah yang perlu diambil untuk memasang pagar elektrik.

*SEBARANG KECEDERAAN/KEMATIAN YANG DIAKIBATKAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANSUNG OLEH INFOMASI DISINI ADALAH DIATAS RISIKO SENDIRI.



Barang Barang yang diperlukan

  • Dawai aluminium
  • Pipe pvc putih
  • Fence charger






Alat yang diperlukan

  • hand drill
  • pemotong pipe
  • alat asas yang lain

Langkah Langkah pemasangan

1. Potong pipe pvc putih dalam ukuran 2 ~ 3 kaki

2. Tebuk pipe tersebut dalam jarak 1 inci dari hujung pipe. Ukuran lubang bergantung pada size dawai aluminium.
3. Masukkan dawai aluminium melalui lubang di pipe pvc.

4. Pasang pipe tersebut dengan cara menyulam pipe di pagar. Pasang paip di setiap tiang.

Tamat.

Tuesday, February 12, 2008

Maka Sempurnalah Satu Musim Penanaman Cili

Assalamualaikum kepada semua penatap blog ini, terima kasih juga kepada insan - insan yang setia menanti nukilan terbaru. Disini ingin saya sampaikan saat - saat berakhirnya musim penanaman cili untuk 2007.

Kutipan cili bermula di pengakhiran bulan 9 2007, ketika itu merupakan detik - detik yang paling bermakna buat kami semua. Hasil pertama kami agak memberansangkan dengan keadaan pokok yang hampir separuh daripada tanaman kami jatuh sakit. Berat timbangan lebih kurang 15kg, harga cili sekg pada masa itu tidak begitu tinggi hanya dalam linkungan RM 4 - 5 sekg. Kami berharap lonjakkan harga cili akan berlaku pada bulan 10 2007 iaitu saat Aidilfitri.

Keadaan Cili pada peringkat pertama menjangkau minimum 8 inci. Cili kami sedikit unik daripada cili cili yang lain kerana wujudnya rasa manis (tidak seperti gula) pada buah cili, Fenomena ini agak sukar untuk kami jelaskan. Pembeli memberi komen cili kami memang sedap dibuat ulam tak kurang juga yang mengatakan cili kami tahan lama.

Kutipan cili dilakukan sebanyak 2 atau 3 hari sekali, pemborong akan datang ke kebun kami mengutip hasil. Hasil kutipan berlegar antara 10kg ke 15kg. Jika tertangguh kutipan, maka hasil akan melonjak ke 30kg.Pada masa yang sama Musim hujan masih berlansung, bagi mereka yang bertani hujan dan kerja meracun sangatlah merunsingkan selesai meracun hujan datang membasuh. Jadual meracun begitu mudah terganggu.

Sakit pokok kami makin buruk begitu jugak dengan hasil. Di peringkat buah ke-2 dan ke-3 tahap kualiti buah sangat ketara. Struktur buah mula membengkok tidak lagi lurus. Banyak putik putik bunga jatuh bergelimpangan diatas silvershine. pedih terasa hati melihat keadaan pokok sedemikian.

Jatuh Ditimpa tangga musim perayaan aidil fitri makin hampir harapan harga cili melonjak musnah apabila berlaku lambakkan cili dipasaran, harga jatuh merudum ke rm1 sekg. Kami terkedu sebentar. Selepas perayaan pokok cili kami tidak lagi dapat bertahan, sakitnya makin tenat kami tiada pilihan lain pokok terpaksa dilupuskan.

Mengumpul semangat yang pudar, kami mengambil masa beberapa ketika untuk mengatur langkah mencari kekuatan bagi melonjak kehadapan.
"Jadilah seperti Bola semakin kuat ia jatuh semakin tinggi ia melonjak"

Perancangan dimasa hadapan, kami masih ingin mengekalkan tanaman sayur sayuran, rancangnya jika tiada penghalang mungkin tanaman yang tidak begitu manja. Yang sebenarnya pilihan tersebut dipilih kerana masing masing sebuk dengan tanggungjawab yang lain, agak sukar untuk kami memberi tumpuan 100%. Namun kami akan terus berusaha mencari pengalaman.

Sunday, August 19, 2007

Buah Cili

Asalamualaikum wbt. Alhamdulillah berjaya juga saya mencuri masa untuk mengemaskini blog ini. Dalam beberapa minggu ini saya begitu sebuk dengan urusan pejabat sehingga tidak berkesempatan untuk mengarang.

Berkenaan dengan pokok cili kami. Kebanyakkannya mula menampakkan hasil dimana
Bunga-bunga putih tumbuh lebat hampir disetiap pokok. Keadaan bunga yang memutih amat jelas kelihatan diwaktu pagi dimana keindahan sebenar pokok cili dapat dihayati.

Tarikh 12 8 2007

Bunga-bunga cili makin menghilang satu demi satu jatuh bertaburan diatas silvershine menandakan kedatangan objek yang dipanggil putik, tiba masa maka bergayutanlah buah-buah cili menyerikan suasana. Terubatlah perasaan bagi yang mengusahakannya.

Tidak ketinggalan juga pokok cili yang kurang sihat, kumpulan ini turut menyumbangkan hasil.
Namun keharmonian sesuatu kejadian tidak sepi daripada ancaman makhluk perosak berikut adalah mangsa kejadian menghitung detik menungu masa untuk tumpas dan luruh ditempat sendiri.

Oleh kerana terdapat sebahagian pokok yang perlu diganti dimasa depan maka proses penyemaian semula dilaksanakan.

Kami menggunkan AF-HUMIC dan HOLLAND PEAT bagi menyediakan media semaian.

Tarikh 16 8 2007

Pemandangan tapak cili sebanyak hampir 400 pokok.

Sewaktu pokok giat menghasilkan buah, serangga ini pula sebuk melakukan tugas.

Selain daripada lalat dibawah terdaat juga serangan jenis baru dimaka daun daun cili habis dimakan oleh makluk yang tidak diketahui, peliknya hanya bahagian hijau daun sahaja yang dimakan manakala lapisan dibawah bahagian hijau ditinggalkan begitu sahaja. Jika diperhatikan dengan lebih dekat akan kelihatan laisan terseput. Berikut adalah keadaan buah yang terkini. Menanti masa untuk matang, kami tidak dapat membayangkan akan perubahan warna kemerahan yang bakal berlaku.





Sunday, July 8, 2007

Keadaan Pokok Cili

Tarikh : 1 - 7 - 2007

Tanaman kami menghadapi serangan ulat daun dan juga kesan daripada racun rumput kawasan bersebelahan.

antara masalah yang timbul :-
  • kerinting
  • mozek daun (tidak dapat dipastikan)
  • daun berlubang
  • hawar pucuk
antara tindakan & rawatan yang telah dilakukan adalah :-
  • Rawatan fizikal: Sebahagian pokok yang mempunyai masalah diatas yang teruk dicabut/dipotong sebahagian batangnya.
  • AF - 1 : semburan ini dilakukan bagi mengatasi masalah ulat.
  • MIB 77 : baja biji ini ditabur bagi mengatasi kesihatan pokok yang terganggu




Tarikh : 8 - 7 - 2007

Hasil dari pada rawatan tersebut agak memberansangkan dimana, jumlah ulat yang ditemui adalah kurang. Manakala pucuk pucuk baru tumbuh dengan lebih sihat.

Monday, June 25, 2007

Keadaan projek Cabai & Pisang

Lawatan ke Kebun Pisang

Kebun ini terletak beberapa kilometer daripada tapak cili kami. Mereka menggunakan konsep pembajaan organik, secara keseluruhan pokok pisang mereka adalah sihat.


Yang sebenarnya ada 1 perkara yang menyebabkan kami sangat berminat melawat kebun ini. mereka menggunakan sistem pagar elektrik. sejak dari pada implimentasi sistem ini tiada lagi serangan makluk perosak.


Dibawah dipaparkan alat yang digunakan bagi mengawal arus pada pagar berkenaan. ini adalah penting supaya kurang membahayakan kepada manusia.

Lawatan ke kebun cili

Bagi pengusaha kebun ini beliau juga menggunakan kaedah pembajaan organik. disamping mengusahankan pelbagai tanaman beliau juga menternak ikan air tawar.
Walaupon beliau menggunakan kaedah konventional namun keadaan pokoknya menyangkal pendapat yang mengatakan penggunaan tanah adalah merbahaya.


Kebun Pisang (penyewa kawasan kami)

Setelah process menanam anak poko pisang ternyata hanya lebih kurang 400 pokok sahaja yang mampu dimuatkan kedalam kawasan tersebut.



Bagi mengurangkan kos untuk melengkapkan kawasan. beliau bertindak menebang beberapa pokok kayu bagi membina bangsal. Hasilnya sangat memuaskan.

Kebun cili kami

Bagi permasalah daun cili. apabila daun cili kekuningan maka kita katakan ianya kekurangan baja dan apabila daun kehijaun gelap maka kita katakan ianya terlebih baja. Pokok cili hanya dikatakan sihat apabila daunnya tidak terlalu kuning atau hijau gelap. Tetapi apakah yang dapat kita rumuskan apabila daun berwarna seperti dibawah ?
Berikutan daripada masalah daun. beberapa pokok cili kami menghadapi masalah seakan akan kerinting. tetapi apabila diselidik ianya bukan. Maka kami terus merujuk kepada Haji Rahman pengasas miracle sistem. Beliau mengesyaki ianya tindak balas terhadap racun rumput ! dan sememangnya benar kerana tuan tanah sebelah bertindak meracun kawasan berdekatan.
Secara keselurahan cili kami adalah baik. tiada masalah serius


Sunday, June 17, 2007

Projek Cabai & Pisang

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. sekali lagi berlaku penangguhan pengemaskini blog ini dan sekali lagi ampun maaf dipinta bagi yang ternanti nanti sambungannya.

Seperti yang telah dimaklumkan selepas sahaja kami melupuskan 400 pokok cili tersebut, maka kami kembali menyemai benih KULAI. Apabila telah sukup matang untuk dipindahkan maka pada 2.6.2007 proses pemindahan telah dimulakan.Setelah satu minggu anak pokok dipindahkan keadaan anak pokok agak merisaukan kami walaubagaimanapon kami cuba bertahan dan bersabar.

Keadaan pokok - 10.6.2007


Mengapakah pokok cili ini begitu kuning ? adakah disebabkan kurangnya baja ? atau akibat daripada serangan penyakit ? adakah disebabkan keadaan air ? pH yang tidak sesuai ? suhu yang panas ? keadaan ini berlaku pada semua anak pokok ! jawapannya tiada pada kami !


Ujian pH dan Suhu

Suhu = 29 (normal ! )

pH = 5 - 6 (normal ! )

Keadaan pokok - 17.6.2007




Alhamdulillah segala pujian keatas-Nya tidak terlintas di pemikiran kami anak pokok kini berjaya membesar dengan penuh semangat. Semoga keadaan ini berterusan selamanya.

Projek Pisang

Setelah 6 bulan menyewa tanah kami memutuskan untuk menyewakan kawasan yang tidak/belum diusahakan. Kebetulan ada kenalan kami yang ingin memulakan projek tanaman pisang, kami sangat mengalu alukan kedatangan beliau. Harapan kami supaya dapat bersama sama menjayakan bidang pertanian. Beliau bercadang menempatkan sejumlah 700 anak pisang dikawasan tersebut yang bersaiz hampir 1 relong.




Proses dimulakan dengan menggemburkan tanah.Di ikuti dengan proses pembajaan (tahi ayam).


Wednesday, May 2, 2007

Rintangan Dan Dugaan

Assalamualaikum kepada semua pembaca. lebih kurang 3 minggu blog ini sepi tidak dikemaskini. Pelbagai perkara suka duka yang telah kami tempuhi dalam tempoh yang singkat ini. walaubagaimanapon kehidupan perlu diteruskan bersama pengalaman yang mematangkan kita.

Untuk pengetahuan semua sejumlah besar tanaman kami pada fasa 1 telah rosak. Kerosakkan ini disebabkan serangan perosak & bukti ilmu kami masih lemah. oleh kerana serangan terjadi kepada sejumlah besar pokok cili, maka kami membuat keputusan untuk memusnahkan semua 400 pokok cili fasa 1. mungkin tindakan kami untuk membuat eksperimen telah gagal. Seringkali kedengaran nasihat dari guru guru kami "kalau nak ikut , maka ikutlah semuanya sekali jangan campur aduk" kini kami akur dengan nasihat tersebut. kami membuat keputusan untuk mempraktikkan 100% apa yang telah diajar.

Kini kami dalam tempoh bertenang sebelum memulakan sesi baru. kami berharap dapat memulakan sesi baru secepat yang mungkin setelah mengenal pasti punca masalah.