Miracle Sistem

Sunday, February 25, 2007

Fasa Pertama Hampir Tamat

Seperti yang dirancang anak pokok telah pon dipindahkan. sebanyak 378 anak pokok berjaya dipindahkan yang selebihnya akan menyusul kemudian.
Flex hose(hose hitam) di ikat pada tali yang direntangkan disetiap baris. Tujuannya adalah untuk memastikan spray jet menyembur kedalam polybag.

Percubaan terhadap sistem perpaipan turut berjalan lancar. walaupun pada hakikatnya yang anda lihat adalah sesuatu yang gagal, sebenarnya pancutan air sepatutnya menghala kebawah bukan keatas !. ini berlaku akibat daripada tekanan air yang kuat yang menyebabkan flex hose kami terangkat.Sementara itu project fasa ke-2 giat dijalankan. sebanyak 1000 pokok cili dianggarkan terlibat bagi project ini. Antara project yang sedang berlansung adalah:-

  • pengisian polybag
  • penyiapan tapak tangki
  • penyiapan bangsal tangki
  • penyiapan lanskap bagi penyusunan polybag




Alhamdulillah syukur pada Allah swt yang mengizinkan project kami bergerak sejauh ini. dan juga kepada cikgu cikgu kami, jasa anda tidak ternilai harganya & tidak terganti oleh wang ringgit, kepada ahli keluarga yang sangat memberi galakan dan respon yang positif kami ucapkan terima kasih.

Thursday, February 22, 2007

Penyempurnaan Tapak

Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Chai, kepada semua rakyat malaysia !. Pada kali ini kami seperti biasa meneruskan kerja kerja persiapan tapak. Lain dari masyarakat lain yang asyik menghayati hari hari cuti. kami memerah keringat membanting tulang di ladang.
Kami juga memdapat bantuan khas dari pelajar Sekolah Teknik Pendang, dimana mereka berkunjung keladang untuk mempelajari kaedah penanam cili diladang kami. Pelbagai pertanyaan dan soalan diajukan, bermula dari yang konsep hingga ke praktikal.


Persiapan kami bergerak agak lancar dengan bantuan mereka semua, Terima kasih kami ucapkan. Antara perkara yang berjaya disempurnakan adalah:-

Sistem Pam

Pam ini berkeupayaan menyalurkan 500 liter air per minit dan mampu mencapai kekuatan tekanan setinggi 30m. Sistem ini akan kami jalankan secara automatik dengan menggunakan timer.

Sistem Venturi

The Venturi effect is a special case of Bernoulli's principle, in the case of fluid or air flow through a tube or pipe with a constriction in it. The fluid must speed up in the restriction, reducing its pressure and producing a partial vacuum via the Bernoulli effect. It is named after Giovanni Battista Venturi, (1746–1822), an Italian physicist.
rujukan:- http://en.wikipedia.org/wiki/Venturi_effect


Berpandukan teori diatas maka kami aplikasikan pada sistem pengairan kami bagi sistem pembajaan. Kerja kerja pembajaan kini dapat dijalankan secara lebih effecktif dan teknologi automatik juga dapat digabungkan bagi meningkatkan kecekapan.

Tapak dan Perpaipan

Setelah bertungkus lumus tapak dan perpaipan telah siap dipasang. keadaan polybag yang tersusun begitu asyik dipandang. Semoga proses pemindahan anak pokok pada hujung minggu yang akan datang dapat berjalan dengan lancar.
Anak Pokok

Kini anak pokok cili kami makin membesar bagai meminta minta untuk dipindahkan.





Monday, February 12, 2007

Persiapan yang tertangguh

Assalamualaikum...2 minggu blog ini tidak dikemas kini, 2 minggu juga kerje kerje banyak tertangguh. Bermula dari barang-barang hardware hinggalah ke pengurusan kami banyak yang tidak lancar. Anatara masalah yang timbul adalah terlalu banyak masa dihabiskan di kedai kedai hardware, gagal mendapatkan barang mengikut jadual dan kurang tenaga buruh.
Disini sedikit sebanyak kami mula memahami betapa peritnya menjadi seorang buruh. tak kiralah ape jenis pekerjaan yang menggunakan kudrat semuanya perlukan kesabaran. Kami merenung sejenak tertanya tanya bagaimana mereka yang perlu bekerja dibawah terik mentari menahan sabar. Hebat ! itulah yang terfikir.

Baiklah saya teruskan dengan perkembangan ladang cabai kami.

Encik Rosli yang kami lawat di terengganu tempoh hari datang membuat lawatan ke tapak cili pada minggu lalu. kami mendapat taklimat terakhir bagai nasihat dari guru sebelum berpisah. kami mendengar dengan penuh perhatian.

Saya sebenarnya tidak ada sebarang pengalaman menyelengara paip PVC. ini merupakan pengalaman pertama. Proses membuat sistem ventury merupakan sesuatu yang agak rumit, alhamdulillah kami dapat siapkan.
Ventury sistem ini digunakan bagi mencampurkan baja kedalam aliran air. kaedah digunakan didalam miracle sistem.

Baru baru ini barang barang untuk persediaan media telah kami terima.


Tanpa membuang masa kami mulakan proses penyediaan media. kami menganggarkan persiapan media untuk jumlah polybag yang besar dapat disempurnakan.

Kaum wanita turut terlibat bagi menjayakan program ini. kerahan tenaga ketahap maksimum berjaya dilakukan namun anggaran kami meleset hajat tidak kesampaian kami hanya mampu meyiapkan 56 polybag. Bagi persiapan kawasan tapak. tapak cili kami yang sebesar lebih kurang 2.5 relung telah selesai diratakan. insya allah kami akan membuat hamparan silver shine minggu hadapan.



Bagi tapak kedua kami yang tidak seberapa besar telah pon siap dihamparkan dengan silver shine.



Yang terakhir adalah berkaitan dengan semain. semain telah bermula sejak 3 minggu yang lalu.

Semaian ini pula berusia 8 hari.