Miracle Sistem

Sunday, March 11, 2007

Aktiviti dan Mesyurat Lembaga & Pekerja

Assalamualaikum wbt

Aktiviti pada hujung minggu lepas adalah menglansungkan majlis makan malam bersama ahli lembaga & para pekerja yang terlibat didalam projek tanaman cili ini. Alhamdulillah ramai yang hadir bagi meramaikan majlis tersebut. kami mulakan dengan taklimat ringkas bersama tahlil & doa. Moga moga allah kabulkan doa kami, amen.

Topik yang dibincangkan. (mesyurat tertutup)
apakah sumber air alternatif selain dari air sungai ? (setakat ini kami menggunakan air paip)

solution adalah air mata air. dimana akan memerlukan suntikan dana sebanyak RM7000 bagi kedalaman melebihi 100kaki dibawah tanah. Adakah ini logik ? Adakah ini penyelesai masalah terbaik ?

Masing masing merenung sejenak bagaimana untuk mendapatkan dana tersebut.

Cabaran dan rintangan sering berkunjung, ramai yang hanya menghuraikan kesenangan & keseronokan sesuatu perkara. sehingga lupa untuk menghuraikan keperitan & kesusahan sesuatu perkara. Renungkanlah........

Thursday, March 8, 2007

Fasa Pertama Siap

Kesebukkan dipejabat menyebabkan blog ini agak lewat dikemaskinikan harap maaf bagi pengunjung setia. Jadi bagaimana dengan perkembangan kebun ?

Fasa pertama berjaya disempurnakan dgn tidak rasmi pada hujung minggu lepas. Sistem pemasa, perpaipan,pemindahan anak pokok, pemagaran dan sokongan.



Bagi permasalahan pada spray jet yang terangkat. tidak lagi menjadi masalah.


Baiklah mari kita beralih ke Fasa Ke-2 yang sememangnya lebih mencabar.
Fasa Ke-2

Hampir 1000 polybag telah disusun, oleh kerana bentuk muka bumi yang tidak rata. susunan polybag tidak dapat disusun dengan tepat.


Antara aktiviti yang telah dijalankan
- plan perpaipan
- bangsal / tapak tangki


Beginilah keadaan bangsal yang akan menempatkan beberapa tangki(jumlah sebenar masih dibincangkan anggaran maximum tangki adalah 6), kotak panel electrik, pam dan valve electrik. Kami bercadang untuk mengaplikasikan sistem automatik terhadap pengaliran air. Dimana untuk pengetahuan semua 1 pam mengikut spesifikasi kami mampu menampung 500 pokok sahaja. adalah kurang wajar untuk menggunakan lebih dari satu pam bagi setiap 500 pokok. oleh yang demikian kami bercadang untuk menggunakan electrik valve untuk mengawal arah aliran air. Kami membahagikan sistem perpaipan kepada 2 bahagian (500+500).