Miracle Sistem

Sunday, January 28, 2007

Persiapan Silver Shine

Selesai sudah pembersihan tapak. Maka kami meneruskan proses seterusnya iaitu process hamparan silver shine. Program berjalan agak lancar pada permulaanya namun kesan kejadian alam semula jadi tak dapat dijangka !... kami agak kecewa....
Kami tangguhkan proceses ini sementara mendapatkan cara laternatif bagi mengatasi masalah ini.
Tersangatlah penat + lapar nasi !.....Tapi kami ada acara lain untuk menceriakan keadaan.

Mari pergi melawat....^_^


Ladang naga di guar cempedak. Suasana kaktus yang menghijau memikat kami semua.


Sejenak bersama real farmer (yang menunggang motor).

Tuesday, January 23, 2007

Miracle System - Terengganu

Assalamualaikum, Alhamdulillah syukur. sekali lagi kami berjaya membuat lawatan tapak. Kali ini lawatan kami adalah di Kuala Terengganu. Perjalanan jauh yang meletihkan ditambah pula dgn jadual aktiviti yang padat sedikit pon tidak menjatuhkan semangat kami untuk menimba ilmu.
Tapak ini diusahakan oleh En. Rosli peneraju miracle system di Malaysia. En Rosli juga merupakan consultant untuk Miracle System. Beliau juga ingin memberi peluang bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi modal dan bagi mereka yang tidak berkemampuan dari segi tenaga kerja. Beliau bermaksud mengabungkan kedua dua golongan ini bagi membentuk satu kombinasi yang mantap.
Miracle System ini masih mengekal kan konsep pengairan seperti mana sistem fertigasi. Tetapi sistem ini menggunakan teknik pembajaan yang berbeza. Media tanaman juga menggunakan kombinasi pelbagai media jika dibandingkan dengan kaedah fertigasi yang hanyak menggunakan sekam wap sahaja. Dengan menggunakan sistem ini pokok cili ini mampu mencapai ketinggian lebih 2 meter dan berupaya menghasilkan buah dengan kadar optimum lebih dari 6 bulan, jauh lebih hebat daripada kaedah fertigasi.

Bagaimana pula dengan hasil ? Jangan terkejut ! Miracle sistem berupaya menghasilkan purata 8kg cili bagi setiap pokok. Bukan itu sahaja harga untuk 1kg cili di Terrengganu adalah RM8 ! .
Masa untuk pulang. kami pulang dengan harapan dan kekeliruan. Adakah kami akan bertukar arah atau dengan kata lain menaik taraf projek ? semuanya akan ditentukan didalam mesyuarat lembaga pengarah nanti....
Wassalam

Tuesday, January 9, 2007

Bermulalah al-Kisah Petani cili



Assalamualaikum...

Alhamdulillah plan yang di rancang bergerak lancar. tak sabar rasanya nak bergelar petani. minggu ini merupakan minggu pertama gerakan dijalankan.
  • Process membeli biji benih (di Puchong).

  • Bayar deposit tiang pagar.
  • Bayar duit sewa tanah.
  • Bayar process pembersihan kawasan
  • Bayar duit peguam (surat perjanjian sewa)
  • dan duit gaji pekerja

Biasalah project cili ni initial cost nya sangat tinggi, banyak peminat yang mengundur diri bila disebutkan kos penanaman cili.
Sebagai seorang yang makan gaji di KL ni, memang agak susah untuk memulakan project ini. tapi nasib baik dapat bertemu dengan rakan rakan kongsi yang lain, semuanya berjumlah 5 orang termasuk saya. Kami jugak berjaya mendapatkan seorang pekerja yang dipercayai. Dialah tempat kami berharap untuk melakukan tugas tugas meracun dan mengawasi system pengairan nanti.

Thursday, January 4, 2007

Serangan Virus Ke atas Tanaman Cili






Tanaman cili merupakan tumbuhan yang agak sensetif terhadap persekitarannya. Berdasarkan temubual bersama pegawai MARDI di Kedah, antara masalah yg dihadapi adalah penyakit yg dibawa oleh virus keatas tanaman. Virus ini mampu membawa 'kultur treat Dan Hamama'.

Kesan daripada Kultur treat / Hamama dapat dilihat pada daun daun cili yg kekuningan dan merekot. Tiada vaksin setakat ini yg mampu memulihkan penyakit ini, untuk mengelakan daripada berjangkit penyakit ini pada tumbuhan lain adalah wajar untuk mencabut terus pokok cili tersebut. Untuk mencegah daripada serangan virus, racun boleh digunakan seperti evemec (kultur treat) dan Mafathion (hamama) tetapi harus di ingat bahawa kekerapan menggunakan racun yg sama boleh memberi kekebalan pada virus tersebut.

Masalah peyakit tidak berakhir disitu sahaja buah buah cili turut diserang oleh penyakit. Namun dengan teknologi pertanian kini masalah tersebut boleh diatasi. contoh penyakit yang melibatkan buah akan dipaparkan pada masa yang akan datang.



Wednesday, January 3, 2007

Lawatan ke Tapak cili fertigasi - Sungai Baru,kedah



Antara ahli kumpulan yang terlibat.















































Lawatan ke Tapak cili fertigasi - kuala sungai,kedah


Sistem pengairan menggunakan pam berkuasa 2HP bagi menampung 400 pokok cili.
Kaedah ini memerlukan 2 tangki. tangki kecil digunakan sebagai bufer untuk mengisi air. dan tangki besar digunakan untuk membancuh baja. teknik ini dapat menyelesaikan masalah tahap kepekatan baja terlebih had.





Air paip digunakan bagi process pengairan, walaupon tidak digalakan namun tiada tanda yang menunjukan air paip menjadi masalah kualiti cili.
Semain berusia 1 hingga 2 minggu. semain boleh dipindahkan selepas 75 hari.
Walaupon menggunakan air paip pokok cili ini tetap subur !


Pemandangan yang mengasyikan bagi mereka yang meminati.